Thursday, December 11, 2008

Mahsyar !!



Selepas kiamat,selepas segala-galanya dimusnahkan oleh ALLAH yang Maha Kuasa , manusia akan dibangkitkan di bumi MAHSYAR.Di sana, ALLAH akan menerbitkan semula matahari dengan kepanasan yang luar biasa berlipat kali ganda. Diturunkan dengan serendah-rendahnya kira-kira sejengkal dari kepala manusia..dalam kepanasan yang amat dahsyat hancur leburlah diri manusia,mereka saling menghimpit dan tindih-menindih kerana sesak dan ramainya manusia. Demikianlah mereka di bumi MAHSYAR itu selama 40 ribu tahun.
Dalam gelisah dilanda azab yang maha perit,mereka merasa tidak sanggup lagi menghadapi MAHSYAR,masing-masing meminta agar ALLAH mempercepatkan himpunan raksasa itu lalu memasukkan terus mereka ke dalam neraka yang merupakan destinasi terakhir bagi mereka. Bayangkanlah betapa siksanya perhimpunan itu sudah tentu NERAKA teramat sengsara lagi. Manusia di kala itu mengutuk-ngutuk dan menyumpah-nyumpah diri sendiri,merintih rayu,meratap menangis tiada henti kerana menghadapi HARI MAHA MALANG itu…disebabkan lalai dan bodohnya kerana mensiakan amanah ALLAH..tika di dunia dahulu . Dalam suasana demikian, tiba-tiba ALLAH dedahkan segala rahsia keaiban dan kejahatan diri manusia,tidak tercicir walau sedikitpun. Segala perlakuan kita di dunia akan disaksikan oleh ALLAH sendiri,para nabi dan insan keseluruhannya,maka manusia ketika itu, akan hanguslah hati dan jasad kerana terlalu malu,lalu ditenggelami dengan keringat peluh yang busuk dan hanyir,kerana panas,sesak lagi ditambah pula peluh malu yang bersangatan sehingga bumi MAHSYAR banjir.
ALLAHU AKBAR!!! Inilah MAHSYAR,hari kemurkaan ALLAH terhadap hambanya. Tiada seorang manusia yang berani memohon kepadanya agar diringankan azab sengsara itu. Lalau ketika itu barulah mereka teringatkan NABI MUHAMMAD S.A.W sebagai penyelamat mereka pada saat itu, yang dulu mereka memandang sepi terhadap seruan nabi. Pada hari itu selamatlah mereka yang taat dan celakalah mereka yang ingkar. Ketahuilah inilah kemurkaan ALLAH, yang maha memudaratkan setiap hambanya,mendera manusia yang terlalu angkuh,sombong malah tidak mengendahkan segala anugerahNya,manusia sanggup melakukan perbuatan terkutuk,tidak bersolat,tidak menjaga amanahnya,tidak berpuasa,tidak mengeluarkan zakat,mengumpat,melewatkan solat,mandahulukan kepentingan dunia daripadaNya,sering berkata keji,tidak pula bezikir kepadaNya malah tidak mahu menghampirkan diri kepadaNya. Namun kerana sifat Pengasih dan Penyayang Dia tidak pula memberikan sebarang mudarat didunia sebaliknya dengan sifat Pemurah, Dia memberi pula kurniaan nikmat yang terlalu banyak walaupun manusia sedikitpun tidak mengingatiNya. Akan tetapi ingatlah apabila tiba saan PERJANJIANNYA,maka Dia akan memperkenalkan pula sifatNya yang MAHA PEMURKA dan MAHA PENDENDAM, tanpa rasa belas kasihan walaupun sebesar debu-kerana terlalu murkakan hambaNya. Melainkan kepada hambaNya yang sangat rindu dan sangat cinta kepadaNya,mereka itulah para kekasih ALLAH. Maka dengan megahnya ALLAH mempersilakan mereka untuk bernaung di bawak kemuliaan ARASHNYA..YANG AGUNG agar terselamat dari sengsara MAHSYAR itu..

Fikirkanlah wahai sahabat pimpinan sekalian..dimanakan tempat kita disisi ALLAH..adakah kita akan mendapat RAHMATNYA atau KEMURKAANNYA yan MAHA DAHSYAT..renungkanlah…

No comments: